Monday, July 13, 2009

Tiada Yang Kedua........"Sania Yasmin"

Novel ni baru je aku abis baca... memang best jugak... kisah kehidupan seorang wanita yang tabah menghadapi berbagai-bagai dugaan yang datang... tak kira la didalam kehidupan, rumahtangga dan keadaan sekelilingnya.... penuh menyentuh perasaan....

Sinopsisnya....

NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?

Tajuk : Tiada Yang Kedua
Pengarang : Sania Yasmin
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-428-9
Mukasurat : 460 Halaman
Status Stok : ADA


No comments: