Monday, October 26, 2009

R@y@_2009

Tak kisah la... walau pun dah terlambat aku nk upload gmbar2 rye ni...... heheh...
sibuk sangat sekarang... tk sempat nk edit gmbr2 ni...upload je apa yg ade...



Anak-anakku....


My Mom & Dad


Hi Bby.....


My Hubby.....

Tuesday, October 20, 2009

Majlis Jamuan Hari Raya ~ 16 Okt 2009~




Majlis Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh Pej. PBN (Pulau Pinang)
pada 16 Oktober 2009 (Jumaat)

menu : Mee Udang, Nasi Dalca, Ketupat N Lemang...Sate... Kuih Raya.... nasi Impit...

Sunday, October 11, 2009

My Little Princessssssss..............


Nur Farah Natasha

@Kenny Roggers, Jaya Jusco


Nur Ariena Natasha

Thursday, September 17, 2009

"Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri"


Salam Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat semua....
kepada pengunjung Blog ku ini... terima kasih.. kerana sudi menjadi Folower... walau pun dah lama aku tak update....
cerita ada.. t
api tak sempat la....

Apa-apa pun...

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"
Maaf Zahir
& Batin

Daripada:

Aku & Family....'ariesha'

Monday, August 24, 2009

ANDAI INI YANG TERAKHIR


Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya kita sibuk berzikir
tentu kita tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir
tentu setiap sholat kita kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kita sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kita dendang...bakal kita syairkan

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malamnya kita sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk
ke neraka-MU"

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir
tentu kita tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kita tahu ini Ramadhan terakhir
tentu kita bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN LAH SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

"Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarraq.."

Wassalam..

Thursday, August 20, 2009

Selamat Meyambut "Ramadan Al-Mubarak


Penyimpan Mohon-Mohon Besar mengisytiharkan Semua Umat Islam akan berpuasa pada 22 Ogos 2009 ini.....

Aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani Ibadah Puasa kepada semua umat islam di dunia ni especially memember aku semua... hihihi....

Wednesday, August 12, 2009

Cinta Kau & Aku_CT Rosmizah

Hmmm.... 1 lagi karya dari Siti Rosmizah selepas "Andai itu Takdirnya" penulisannya tidak pernah lari dari konfliks rumahtangga dengan hadirnya orang ketiga....sedih??? sedih gak leeee... ....novel ni aku baru beli pada 10 Ogos 2009... baru hari nie aku selesai menghabiskannya...
best gak cerita nih....
Kadang2 kata-kata yang diucap tidak sama apa yang ada didalam hati... itulah insan yang bernama Farish Hakimi....insan yang begitu menyayangi seorang perempuan yang bernama Nur Farisya Iman.......
Diantara sinopsisnya......
Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!. Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.



Monday, July 13, 2009

Tiada Yang Kedua........"Sania Yasmin"

Novel ni baru je aku abis baca... memang best jugak... kisah kehidupan seorang wanita yang tabah menghadapi berbagai-bagai dugaan yang datang... tak kira la didalam kehidupan, rumahtangga dan keadaan sekelilingnya.... penuh menyentuh perasaan....

Sinopsisnya....

NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?

Tajuk : Tiada Yang Kedua
Pengarang : Sania Yasmin
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-428-9
Mukasurat : 460 Halaman
Status Stok : ADA


NoVel TerBaru....2009


Sinopsis

Tidak pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Kasih yang diharap meneduh dan melindunginya terhenti apabila Azhan memilih untuk menikahi Sofia. Meskipun bukan pintanya hal itu terjadi, namun Maira harus mendepani takdir. Tidak dibiarkan diri lemas tenggelam dalam lautan kecewa, Maira bangkit dengan kekuatan semangat yang masih bersisa untuk membangunkan kembali sebuah kehidupan.

Tekad Fajar tidak mahu memikirkan soal cinta selagi puncak Kalla Pattar belum dapat ditawan akhirnya lebur apabila dia bertemu dengan Maira. Kali pertama bertentang mata, hatinya sudah ditusuk panah cinta. Namun hati si dia bagaikan tidak terusik dengan aura cintanya. Salam kasihnya dibiarkan sepi tanpa peduli.

Pertemuan demi pertemuan meyakinkan Fajar bahawa ALLAH telah menyuratkan jodohnya dengan Maira. Lalu dia terus memburu, menggempur dan akhirnya berjaya menawan hati Maira. Dilamun cinta nan indah, Fajar dengan Maira menyulam impian untuk hidup bersama di alam rumah tangga.

Rasa kesal melepaskan kilauan sebutir permata yang menjebak hati Azhan membuatkan dia bertekad untuk mengambil Maira kembali, sekalipun dia tahu tangannya pasti akan tertusuk duri. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira sama ada Azhan berbahagia, sudah tunggang-terbalik atau telungkup rumah tangganya, dia peduli apa. Azhan bukannya kahwin paksa, sebaliknya dia berkahwin dengan wanita pilihan hati. Bukan setakat nanar, tetapi dia menjadi separuh gila selagi dia tidak mengahwini Sofia. Kesudahannya ...

Thursday, June 25, 2009

Sukan Pelitawanis 2009






Pada 11 Jun 2009 Sehingga 13 Jun 2009, aku n rakan sekerja berkampung di Bangsar, Kuala Lumpur. Sukan Pelitawanis Peringkat Kebangsaan. Sukan ini dianjurkan khas untuk persatuan kaum wanita yang terdiri daripada Wife anggota kerja dan anggota kerja di kalangan kaum hawa.... kiranya untuk pompuan2 je la....
best juga.. dapat enjoy n release tension sikit...
kami tak la dapat banyak hadiah untuk di bawa pulang... tapi kami team yang sporting..
Penang MAi....

Friday, May 29, 2009

Besday Tasha Yang Ke-4

Dah 4 tahun anak aku yang sulung nie.. sekejap je rasa masa berlalu,....
pada 8 April yang lalu... aku buat ler sedikit majlis Ulangtahun kelahiran anak aku yang sulung tu Tasha...
kami celeberate secara sederhana jer.. jemput pun tak ramai orang...
apa pun aku terima kasih pada mak aku pada hari tu... yang sibuk memasak untuk anak aku... klau tak ada mak aku.. malas aku nak buat semua ni...
so... aku paparkan je... beberapa gambar pada majlis tersebut yang telah aku edit sedikit... "heppy Besday Mydear..."






Terbitkan Catatan

Sunday, April 5, 2009

Assalamualaikum.....
emmm.. dah lama aku tak update blog aku nih... sebuk sangat sekarang...sejak aku tukar department nih... balik pun dah malam sampai umah... nak uruskan anak2 n umah lagi.. so tak sempat la aku nak buka komputer pun... pada hal.. banyak cerita aku nak masukkan... tapi semua dah jadi lama la... coz baru skarang aku nak masukkan..
wlau macam mana pun... aku nak masukkan juga....




Ni gambar anak aku si tasha time aku g Fare Travel kat Queensbay, Penang...





Kononnya nak lukis ala2 Rabbit...




Ibu n Tasha

Wednesday, February 25, 2009

FUhhhhhhh......Lamanya


asm kawan-kawan.... lama sungguh rasanya aku tak update blog ni....
sebuk sungguh tak terkira..... awal bulan anak aku yang kecik tu masuk ospital coz HiGh FeVer....
4 hari gak la aku bermastautin kat ospital....
Keluar je ospital.... still dia dok demam lagi... pening aku memikirkan....

Naik jer kerja, masuk ofis... reshuffle kat department aku plak.. aku kena tukar department....
aduh.... seksanya aku rasa... dah 4 tahun aku kat tempat lama aku tu... rasa sayang pun ada nak meninggalkan kerja yang dah sebati ngan aku... hihihi....
TETAPI.... walaupun berat rasa hati ni.. aku menerima juga kerja baru aku itu dengan keadaan yang positif.... sekurang-kurangnya aku dapat juga melakukan kerja baru.. dah 8 tahun aku kerja... so ini lah department yang pernah aku impikan...untuk belajar....
aku harap... keadaan n orang sekeliling dapat membantu aku.... insyaallah....

Dah 2 minggu aku dengan kerja baru aku tu... kerja memang banyak... tak pernah dapat aku habiskan.... mesti ada pending gak... yerla kerja melibatkan dengan staff ni.... memang banyak la... tapi aku suka... sekurang-kurangnya.. masa yang berlalu... begitu pantas sekali... tup..tup.. dah kul 05.15 ptg... dah boleh balik umah.....

kay lah.. kekawan... badan pun dah letih ni.. mata pun dah ST!M macam GarFieLd ni.... (mengantuk). bila ada masa n waktu terluang... akan aku coretkan lagi di ruangan Blog aku nih...
Chiow dulu... selamat malam..... sweet dream.... assalamualaikum......

Monday, January 19, 2009

"HepY BesDay Mak"

Tanggal 11hb Januari yang lalu.... ialah hari Ulangtahun Kelahiran Mak aku yang ke-49... so.. kitaorang adik beradik celebrate secara ringkas jer... coz malam tu aku nak balik penang plak...
apa-apa pun aku doakan semoga mak aku panjang umur dan murah rezeki.....

Wednesday, January 14, 2009

Berjalan Ke Balik Pulau

3hb ari tu... tiba-tiba je husband aku ajak gi makan kat restoran Peladang di Balik Pulau... aku memang suka makan kat situ... suka tgk pelbagai lauk ada kat sana..."MaCam-MaCam Ada"...
Klu tak caya ko orang pergi la....
Lepas je abis makan... kita orang bergerak lak ke Pantai Pasir Panjang dekat dengan Kem Bina Diri... kat sana memang best kalau nak mandi... air dia pun bersih.... tapi cuma.. kemudahan awam je takde etc... bilik persalinan.... (so..pandai-pandai la)
Anak-anak aku bukan main suka lagi bila tgk laut... tapi tak mandi pun... coz aku lupa lak bawak towel n air bilas.....
Dengan muka frust nya anak aku... tak dapat mandi....
Lepas tu kitaorg singgah lak kat Pulau Betong utk membeli hasil tangkapan laut yang fresh baru naik dari laut......(tak payah jauh2 nak gi Kuala Muda!) harganya memang berpatutan....
ni jer gambar yang dapat aku snapkan.... kalau ada masa koorang pergi la...






Friday, January 2, 2009

Selamat Tinggal Tahun 2008

Tak sangka....pejam celik dah habis tahun 2008.... masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita...
Nak aku imbas kembali, banyak kisah suka duka yang berlaku.... itulah realiti kehidupan... anak-anak dah semakin membesar....aku...??? semakin 'toa' la...huhuhu....
Aku harap hari-hari yang mendatang ni... akan membuat aku lebih matang dan menjadi seorang ibu dan isteri yang sempurna...(insyaallah)...
"Selamat Tinggal 2008" and Welcome..."2009"