Wednesday, November 26, 2008

Kalau ko orang nak tahu.... lagu kat bawah ni memang best...
kalau dgr.... mood kita pun boleh berubah...
lirik dia memang tak berapa best kan...
ko orang cuba dengar lagu dia dulu... hehehe....

Jom Kita Layannnnnnnnnn.......

Lirik Lagu ST 12 - Puspa


kau gadisku yang cantik
coba l ihat aku disini
disini ada aku yang cinta padamu

kau gadisku yang manis
coba lihat aku disini
disini ada aku yang sayang padamu

walau kutahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun kan kutunggu sampai kau mau

[reff]
jangan jangan kau menolak cintaku
jangan jangan kau ragukan hatiku
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu

jangan jangan kau tak kenal cintaku
jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang i love you padaku

walau kutahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun kan kutunggu sampai kau mau

Friday, November 21, 2008

"BBQ Chicken"


Hari ni aku n memember gi makan BBQ Chicken lagi...
hmmm....sedap... kenyang sampai tak larat nak balik....
Gambar kat bawah ni antara menu yang kitaorg order...
klu koorang nak tgk menu selebihnya gi ler laman web ni
"www.bbq-chicken.com.my"
harganya memang berpatutan... klu koorang rasa mesti nak lagi... hehehe....

Boneless Grilled Chicken Burger


Charbroiled Sandwish


Fish Cutlet

Tuesday, November 18, 2008

Ulama Dan Tokoh Politik Tanahair Yang Komited

Tenang, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.

Blockquote

Latarbelakang Keluarga Dan Pendidikan
Dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdul Aziz telah mempelajari ilmu agama sejak alam kanak-kanak lagi. Mula-mula beliau belajar dengan ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat, juga seorang guru agama dan ulama yang terkenal di kampungnya pada masa itu.

Kemudian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz melanjutkan pula pengajian agamanya di pondok Tuan Guru Haji Abbas di Jertih, Terengganu. Selepas beberapa tahun mendalami ilmu agama dengan Tuan Guru Haji Abbas, beliau berangkat ke India untuk melanjutkan pengajiannya di sana pula.

Setelah tamat pengajiannya di India, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berangkat pula ke Mesir. Di Mesir beliau memasuki Universiti Al-Azhar di dalam jurusan bahasa Arab. Setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda di dalam Pengajian Arab, Tuan Guru Haji Nik Aziz meneruskan lagi pengajiannya di universiti yang sama di dalam jurusan perundangan Islam. Beliau lulus pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana iaitu M.A. di bidang perundangan Islam.

Monday, November 10, 2008

Hari Minggu


emm.... weekend ari tu takder buat apa-apa sangat... cuma layan citer hindustan... petang ahad tu bawa anak-anak gi jogging kat PISA (Penang International Sport Arena). Suka sungguh anak-anak aku....
Pastu kitaorg gi lepak kat QueensBay... seronok dapat menghirup udara segar...

Tuesday, November 4, 2008


4 November 2008 hari ni.. annyversary abah n ma aku yang ke-29.... kami adik beradik berharap mereka bahagia selalu dan dimurahkan rezeki..... We Luv U........

Lepas makan....sempat lagi kitaorg bergambar..huhuhu....

Hari jumaat baru ni... kitaorang gi makan kat BBQ Chicken di New World. Tempat ni tak pernah sekali pun pergi.. ni kira first time la... kebanyakkan food court chinese jer...