Monday, December 29, 2008
PADANG KOTA....
Edit Gambar......
Friday, December 26, 2008
Hari Raya Aidiladha....
Friday, December 12, 2008
Dah lama rasanya aku tak updated blog nih...
bukan apa baru balik dari Kampung.... rasanya belum terlambat lagi aku nak wish "Selamat Hari Raya aidiladha"
Balik je dari Kg...aku terus demam..
maybe makan banyak sangat daging kot... heheh..
Gambar time raya hari tu aku belum sempat masukkan lagi dlm blog nih... nak edit sikit...
nanti aku masukkan erk.... so tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuu....
Tuesday, December 2, 2008
RINDU........
emm....actually takde benda baru yang nak aku coretkan kat sini... malam ni boring sangat rasanya... selalunya keriuhan suara anak-anak aku pasti kedengaran.... anak aku yang kecik tu dah tido pun.. awal sikit....
Along lak.. ikut maktok dia balik Gurun, rindu nya... hari tu mak n abah aku baru balik bercuti dari medan so singgah la umah aku.. sebab adik² aku semua ada kat sini.. Sebelum mak n abah aku nak balik tu dia dah sebuk kemaskan baju nak ikut sekali...
klu ader dia.. selalu gaduh jer... (gurau²)
dah 2 malam dia pegi sana... bila call jer.. sekejap je bleh ckp.. pastu dia taknak.. mak aku ckp dia sedih sgt... huhuhu... sedis nya aku... aku ni bukannya jenis boleh berpisah ngan anak²...
Wednesday, November 26, 2008
kalau dgr.... mood kita pun boleh berubah...
lirik dia memang tak berapa best kan...
ko orang cuba dengar lagu dia dulu... hehehe....
Jom Kita Layannnnnnnnnn.......
Lirik Lagu ST 12 - Puspa
kau gadisku yang cantik
coba l ihat aku disini
disini ada aku yang cinta padamu
kau gadisku yang manis
coba lihat aku disini
disini ada aku yang sayang padamu
walau kutahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun kan kutunggu sampai kau mau
[reff]
jangan jangan kau menolak cintaku
jangan jangan kau ragukan hatiku
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu
jangan jangan kau tak kenal cintaku
jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang i love you padaku
walau kutahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun kan kutunggu sampai kau mau
Friday, November 21, 2008
"BBQ Chicken"
Hari ni aku n memember gi makan BBQ Chicken lagi...
hmmm....sedap... kenyang sampai tak larat nak balik....
Gambar kat bawah ni antara menu yang kitaorg order...
klu koorang nak tgk menu selebihnya gi ler laman web ni
"www.bbq-chicken.com.my"
harganya memang berpatutan... klu koorang rasa mesti nak lagi... hehehe....
Tuesday, November 18, 2008
Ulama Dan Tokoh Politik Tanahair Yang Komited
Latarbelakang Keluarga Dan Pendidikan
Dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdul Aziz telah mempelajari ilmu agama sejak alam kanak-kanak lagi. Mula-mula beliau belajar dengan ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat, juga seorang guru agama dan ulama yang terkenal di kampungnya pada masa itu.
Kemudian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz melanjutkan pula pengajian agamanya di pondok Tuan Guru Haji Abbas di Jertih, Terengganu. Selepas beberapa tahun mendalami ilmu agama dengan Tuan Guru Haji Abbas, beliau berangkat ke India untuk melanjutkan pengajiannya di sana pula.
Setelah tamat pengajiannya di India, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berangkat pula ke Mesir. Di Mesir beliau memasuki Universiti Al-Azhar di dalam jurusan bahasa Arab. Setelah memperolehi ijazah Sarjana Muda di dalam Pengajian Arab, Tuan Guru Haji Nik Aziz meneruskan lagi pengajiannya di universiti yang sama di dalam jurusan perundangan Islam. Beliau lulus pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana iaitu M.A. di bidang perundangan Islam.